Friday, July 15, 2011

wanita bertudung VS freehair = AURAT

Mungkin ramai yang mengangap isu ini merupakan isu rapuk yang agak remeh yang tidak perlu di bangkitkan. Akan tetapi dari sudut pandangan 270 darjah celcius aku melihat isu ini merupakan isu yang sangat penting memandangkan ianya berkaitan dengan diri sesorang dan agama.

Bagi lelaki mana satu pilihan anda…wanita bertudung ATAU freehair??
Mungkin kita selalu dengar ayat-ayat seperti ini :

1. Ala kalau bertudung pun belum tentu baik lagi.
2. Siapa cakap perempuan bertudung lagi baik darrpada perempuan freehair?sekarang ni ramai perempuan freehair yang lagi baik daripada bertudung.
3. Pakai je tudung tapi perangai belum tentu ..lagi baik tak payah pakai buat malu je.
4. Aku pakai ke tak bukannya ade kaitan dengan sape2 pun.
5. Rilex la sekarang dunia dah maju. Kita perlu ikut arus dunia.
6. Eh suka hati aku la nak pakai ke tak..yang kau sibuk tu apasal.
7. Eleh pakai je tudung tapi baju ketat gak baik tak payah pakai


Dan bnyk lagi ayat-ayat yang biasa kita dengar.

Persoalannya di sini bukanlah siapa baik atau jahat. Masalah utama ialah agama yakni aurat. Bayangkan setiap saat setiap detik dosa yang kita dapat akibat mendedahkan aurat. Ianya seperti pelaburan ber-interest sepanjang hayat.
Bayangkan setiap saat kita mendedahkan rambut kita kepada umum Allah charge-kan 1sen dosa setiap minit

1min = 1sen, 60min = 60sen, 24jam = RM14.40, 7hari = Rm100.80, sebulan = Rm403.20, setahun = Rm4838.20

Setahun dosa kita ibarat berharga Rm4838.20 itukan jika tuhan charge-kan 1sen untuk 1min. Bayangkan betapa banyaknya nilai dosa kita hanya untuk satu dosa. Itu belum lagi di tambahkan dengan dosa-dosa yang lain. Pengiraan di atas hanyalah contoh semata-mata dan ianya tiada kaitan dengan apa-apa pun.

Memanglah sekarang ini ramai orang perempuan yang freehair yang berperangai elok dan baik tapi soal hati ini adalah antara dia dengan Allah tetapi apabila dia mendedahkan aurat, ianya antara manusia dengan manusia. Kerana orang sekeliling akan terkena effect-nya dari perbuatan yang dilakukannya.

Pernahkah anda mengira pahala dan dosa yang anda lakukan setiap hari? Dosa yang kita lakukan setiap hari cukup banyak tetapi pahala hanya harapkan solat lima waktu sahaja. Jika solat tidak cukup?

Coretan ini bukanlah untuk mengata sesiapa tetapi hanyalah sekadar mengingati antara satu sama lain dan bersama-samalah kita cuba untuk menjadi insan yang hebat dari pandangan dunia dan juga pndangan akhirat.

Semoga amalan yang kita lakukan diterima terus kepada ALLAH..Semoga ALLAH memberkati kita semua.Insya Allah.(^_^)..Masih belum terlambat untuk berubah ke arah yang lebih baik..Berilmu,beriman dan beramal..barulah ikhlas tu nak datang..seruan menutup aurat sejak 1400 tahun yang lalu..ini bukan perintah pemimpin negara Islam,,tetapi ini adalah perintah ALLAH 'AZZA WA JALLA..=)..semoga dibukakan hati untuk istiqamah dalam beribadah...AAMIIN..

WALLAHU A'LAM.yang baik datang dari ALLAH,yang kurang datang daripada sy.sharing is caring n loving..jazakumullah khairan katsira.


                                                                 

No comments:

Post a Comment