*mood mengidam nak tengok Ombak Rindu*
1 Disember 2011 ni dah ditayangkan movie Ombak Rindu yg telah diadaptasi daripada sebuah novel Ombak Rindu yg ditulis Fauziah Ashari.
aku memang dah baca novel ni and sumpah feel habis okay! hehehehehe :p so, aku just nak share sinopsis movie Ombak Rindu ni kat kamu.
Ombak Rindu, Izzah adalah watak yg dilakonkan oleh Maya Karin iaitu seorang gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. so, ayah saudaranya Taha telah menggantikan ibu dan ayahnya memelihara Izzah. isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.
At the same time, Taha banyak berhutang dan disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta. Then, disitulah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz iaitu watak bagi Aaron Aziz. Hariz sanggup membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. kehadiran Mila Amylia iaitu lakonan Lisa Surihani, anak kepada Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagian Izzah dan Hariz.
hehehe so ending dia, mesti tengok movie tu dulu baru tahulah. aku dah baca novel Ombak Rindu mesti dah tau. teheee! so, wait for me Ombak Rindu, aku belum sampai KK lagi. nanti aku tengok dengan Aaron Aziz 'perasan' tu a.k.a boyfriend aku. sibuk ja dia cakap dia berlakon dalam filem tu. haha! and for sure, mesti mata aku bengkak keluar panggung nanti. huahuahua!
Selamat menonton kawan! *jangan bazir airmata sangat, nanti keluar panggung muka macam panda :p


No comments:
Post a Comment