assalamualaikum.
*rajin pulak aku update blog kan*
yeah aku memang tak da kerja sementara holiday ni, and duduk diam kat rumah nenek aku and buat apa yg patut iaitu, menghadap labtop bukak facebook,twitter,tumblr,youtube & BLOG! so ini jea lah rutin harian aku sepanjang sebulan bercuti di Tawau tumpahnya darah aku.
cakap pasal laman sosial sekarang ni kan. sumpah aku makin boring tak tahu nak buat apa dengan benda-benda yg merasuk otak manusia sampai ketagih habis dengan benda-benda camni. and manusia-manusia itu termasuklah AKU okay!
hmm, so far aku tak lah ketagih sangat sampai aku tak boleh hidup tanpa benda macam Facebook, Twitter, Tumblr, semua ni. Eh by the way jangan lupa add and follow aku tau! ahaks! *okay sorry promote sekejap*. so berbalik kepada topik yg aku nak bincangkan iaitu.... the SPAMMERS.
Menurut kamus Dewan Bahasa ciptaan aku, THE SPAMMERS bermaksud orang yang tersangat annoying tahap mengharu-birukan hidup orang lain.
#ayat The Spammers tu pendek ja tpi maksud dia panjang gila, itu menunjukkan aku benci sangat kat golongan the spammers ni ahaks!
okay sekarang aku nak tanya, kau ada ramai friends kat facebook? kalau ramai oh kau sangat famous, kalau sikit oh kau ni pemalu maybe haha! tp kalau aku dalam 3000+ tu aku rasa dah cukuplah. lgipun rasa macam nak remove certain people yg 'annoying' tu pun ada jugak.
ni lah ni aku nak cakap orang yg tergolong dalam golongan annoying kat facebook tu. aku memang panas hati bila ada orang spam notification aku sampai 100+ gitu. and semua tu dari dia majoriti.
status, like.
comment, like.
photo, like.
link, like.
wall to wall, like.
pokok pangkalnya semuanya dia nak like. like sampai lebammm orang cakap! aku pulak apa lagi dalam hati, 'tunggu kau pasni, aku luangkan masa untuk remove kau dari friendlist aku then BLOCK!' ambik kau! kalau kena aku takda mood memang habis. ada jugak aku belum remove lagi spesies-spesies ni. tunggu masa lah. hahahah! kau rasa aku gedik nak ka, perasan ka, sombong ka aku peduli apa. kau yg add aku, then annoying pulak tu. bukan gitu kalau nak mesra-mesra dengan kawan fb kau. ni sampai comment aku dengan orang lain pun semua kau nak like. hish!
so, aku nak tanya pendapatlah. kalau kamu kat tempat aku rasa annoying tak? okay, itu pendapat kamulah kalau tak rasa annoying. peace ;) tpi kalau sama macam aku, kita memberlah! *perasan*
tambahan, #ni kes aduan rakyat sangatlah kan
aku rasa semak lah orang sibuk nak tag barang online yg kamu jual tu segala tudunglah apalah bajulah. bukan apa, benda tu aku boleh carik sendirilah. memanglah semua berebut nak untung tapi tak payah lah sampai camtu. orang lain pun berjual jugak tapi takda lah sampai nak random tag kan. buat serabut jak! haih
okay, kawan? thanks sebab sudi membuang masa sebentar ;) peace
SEKIAN.
salam
No comments:
Post a Comment